
Risiko untuk terbabit dalam kemalangan jalan raya adalah empat kali ganda lebih tinggi pada musim perayaan. Ini kerana apabila tibanya musim perayaan, pemandu akan bertindak dengan memandu dalam keadaan yang lebih cuai dan ini adalah penyebab utama menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Telah menjadi trend apabila bermulanya musim perayaan dan diikuti dengan aktiviti pulang ke kampung, maka perkara ini akan berulang. Banyak bicara daripada pelbagai peringkat masyarakat memberi pandangan dan pendapat, bermula daripada menteri sendiri sehinggalah perbincangan di kedai-kedai kopi. Namun yang nyata apabila menghampiri Syawal, akan terpampang di dada-dada akhbar berita-berita kemalangan yang menyayat hati. Kemalangan boleh dielakkan sekiranya pemandu mengambil langkah yang bijak dalam usaha untuk mengelakkan kemalangan.
Kajian yang dijalankan oleh Transport and Road Research Laboratory (TRRL) menunjukkan bahawa peratusan punca kemalangan disebabkan pengguna jalan raya adalah sebanyak 94.75 peratus (%). Di Malaysia, kajian menunjukkan 95% kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu dan statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun.
Pemandu seharusnya bertindak bijak dengan berhenti apabila mengantuk dan sekaligus ini dapat mengurangkan risiko kemalangan. Umumnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang ingin sampai ke destinasi yang ditujui dengan kadar yang lebih cepat namun jika kecuaian masih berlaku dalam kalangan pemandu maka tidak mustahil kemalangan boleh berlaku dan boleh mendatangkan maut kepada pemandu itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Bak kata pepatah “Biar lambat asal selamat”. Ini menjelaskan kepada kita bahawa perkara yang paling penting ialah mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya.
Selain mengamalkan sikap berhati-hati, para pemandu juga seharusnya memeriksa keadaan kenderaan mereka sebelum memulkan perjalanan. Ini kerana jika kenderaan mereka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan juga boleh mendatangkan risiko yang berbahaya kepada mereka. Oleh sebab itu penting bagi mereka untuk memastikaan kenderaan mereka berada dalm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Selain usaha kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan adalah melalui pendidikan. Pujangga pernah berkata 'Kenyataan hari ini adalah impian semalam, impian hari ini adalah kenyataan hari esok'. Jika kita berhasrat melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah dan berakhlak pada masa akan datang, inilah masanya untuk bertindak bermula dari akar.
Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengelakkan kejadian yang menyanyat hati ini daripada terus berulang contohnya seperti ops sikap. Ini dapat membantu pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di musim perayaan dan sekalugus dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Terdapat juga elbagai kaedah turut diimplimentasikan, antaranya penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster dan kempen kesedaran termasuk penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya.
Oleh sebab itulah, pemandu seharusnya mengamalkan sikap prihatin dan bertanggungjawab untuk memastikan dan mengelakkan kejadian seumpama ini daripada terus berlaku. Mereka perlu merancang perjalanan mereka kerana dengan inilah mereka akan dapat mengelakkan kemalangan sekaligus pulang dengan selamat disamping mereka yang tersayang.
No comments:
Post a Comment