SHAH ALAM 26 Sept. – Mahkamah Tinggi Jenayah di sini, sekali lagi menangguhkan perbicaraan sehingga satu tarikh yang ditetapkan bagi sebutan kes terhadap dua orang warga Filipina yang didakwa terlibat dengan kes dadah yang telah disembunyikan didalam payung pada 29 November dua tahun lalu.
Hakim iaitu Yang Arif Hakim Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad telah menunda sebutan kes tersebut setelah mendapati bahawa saksi gagal untuk memberikan bahan bukti dan menunjukkan secara jelas tentang keadaan dadah yang disimpan di dalam payung pada waktu tersebut.
Menurut saksi iaitu ASP Nurasyid yang merupakan polis yang bertugas dan memberkas mereka pada masa tersebut, kedua-dua suspek ditemui dengan sekaki payung yang mana didalam payung tersebut mempunyai 71 kapsul dadah seberat 7.07 gram.
Semasa kedua suspek ditahan, mereka telah diminta oleh pihak polis untuk menunjukkan rumah mereka dan tiada sebarang hasil penemuan ditemui semasa pemeriksaan dijalankan dirumah suspek.
Selain itu, saksi juga turut mendakwa bahawa dia curiga dan menyedari akan kewujudan dadah tersebut selepas terlihat benjolan yang ada di dalam payung tersebut terus membuat pemeriksaan terhadap mereka.
Suspek enggan memberikan kerjasama dengan mengepit payung tersebut di celah paha namun saksi telah merampas payung tersebut dan selepas diperiksa memang terdapat dadah didalamnya.
“Semasa ditahan. Suspek ada membawa dua buah telefon bimbit dan telah disimpan oleh pihak polis di IPD Ampang tempat dimana kedua suspek dibawa,” tambah beliau lagi.#
No comments:
Post a Comment