Tuesday, October 12, 2010

TAKDIR ATAU CUAI?



Kemalangan yang meragut 12 nyawa yang berlaku di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan di antara Hentian Pedas-Linggi dan Tol Plaza Simpang Ampat relah meruntun hati setiap masyarakat.


kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas telah berlaku. Ini kerana kemalangan tersebut telah memakan banyak nyawa dan ianya turut ditambahkan lagi dengan beberapa mayat serta orang ramai yang cedera bergelimpangan di atas jalan turut menyebabkan keadaan bertambah buruk.


Bas tersebut telah dikatakan dibawa dengan laju sebaik sahaja memasuki lebuhraya. Jika punca kemalangan adalah disebabkan oleh faktor melebihi had laju, maka ianya boleh dikategorikan sebagai faktor kecuian daripada pemandu. Selain itu, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa mungkin berlaku kerosakan mekanikal pada bas tersebut sebelum kemalangan itu berlaku.


Para pemandu seharusnya bersikap bertanggungjawab terhadap nyawa penumpang yang menaiki bas tersebut. Mereka sepatutnya mengikut had laju yang telah ditetapkan di jalan raya. Kemalangan boleh dielakkan sekiranya semua individu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.


p/s: al-fatihah kepada mangsa yang terlibat...








No comments:

Post a Comment