Dadah merupakan satu masalah besar yang masih lagi membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Seringkali kita dengar tentang masalah seumpama ini yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Ada sahaja kes yang melibatkan tentang penyalahgunaan dadah sedangkan sudah terlalu banyak langkah yang diambil untuk mengelakkan kejadian seumpama ini daripada terus berlaku. Dimana kesedaran masyarakat tentang masalah ini dan adakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan mampu untuk menakutkan mereka yang terlibat dalam gejala ini daripada terus bermaharajalela?.
Baru-baru ini, kita dapat lihat didada akhbar yang menunjukkan masih lagi terdapat individu yang diberkas gara-gara menyimpan dadah. Sebagai contohnya, dua orang sahabat telah dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis empat tahun lalu. Ada juga yang telah dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan memiliki dadah. Adakah hukuman mati yang kita cari ataupun kehidupan yang tenang tanpa sebarang masalah yang kita perlukan?.
Seperti yang kita sedia maklum, penyalahgunaan dadah boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap individu, bangsa sekaligus negara. Masyarakat seharusnya sedar akan impak dadah terhadap generasi yang bakal mengetuai negara ini pada masa akan datang. Jika penyalahgunaan dadah masih lagi bermarajalela di negara ini, sudah pastinya individu yang bebas dadah sukar untuk dihasilkan.
Selain itu, kita juga seringkali mendengar tentang artis yang mana terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Artis dikatakan menjadi ikon dalam masyarakat pada zaman ini. Namun, apabila mereka terlibat dalam kes dadah, secara tidak lansung ianya akan mencemarkan imej mereka sekaligus menjadi ikutan kepada sesetengah individu yang tidak dapat membezakan perkara baik dan sebaliknya. Hal ini harus dipandang serius kerana mereka membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat khususnya golongan remaja.
Penyalahgunaan dadah memang perkara yang berlaku dan wujud dari dulu lagi. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan mahupun masyarakat untuk membendung kegiatan ini daripada terus berlaku. Namun, apa yang kita dapat lihat saban hari ada sahaja kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah. Sejauh manakah kesedaran masyarakat terhadap masalah ini? Adakah perkara ini dipandang mudah oleh mereka?.
Pelbagai kempen telah dilakukan untuk menyedarkan masyarakat akan keburukan dadah. Kempen ini dilancarkan untuk membolehkan masyarakat sedar akan bahaya dadah dan sekaligus mengelakkan mereka dari terjerumus ke lembah hitam ini. Apa yang berlaku sekarang ialah ada diantara golongan masyarakat yang mengambil sikap sambalewa dengan mengabaikan segala langkah yang diambil oleh kerajaan.
Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk membantu kerajaan membanteras kes penyalahgunaan dadah. Antara objektif AADK ialah mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagihan semula. Selain itu, agensi ini juga berperanan untuk membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Dengan penubuhan agensi ini, kadar penyalahgunaan dadah akan berkurang namun perkara yang sebaliknya berlaku dengan kes-kes dadah yang menghiasi didada-dada akhbar saban hari.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai bahan didalam dadah yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna itu sendiri mahupun terhadap masyarakat contohnya halusinogen. Halusinogen ialah apa juga dadah atau bahan kimia yang boleh menyebabkan halusinasi atau khayalan yang boleh merosakkan jiwa manusia.Ia terdapat dalam bentuk asli dan sintetik yang mampu mengubah pencerapan deria rasa dan persepsi. Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah bagi penggunanya untuk membezakan yang benar dan sebaliknya. Dadah jenis ini juga boleh menghasilkan pengamatan rupabentuk yang berubah-ubah.
Contohnya seseorang itu seolah-olah boleh melihat warna yang sangat terang, muzik didengar lebih bererti dan dapat melihat corak-corak yang lebih spontan. Dadah halusinogen seperti LSD dan Mescaline contohnya memberi kesan ganjil kepada penggunanya seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkanya lebih bergantung kepada dadah secara psikologi.
Keadaan itu bolah mendatangkan bahaya kepada individu lain kerana pada masa tersebut, individu yang berda dibawah pengaruh alcohol tidak rasional. Inilah yang mneyebabkan mereka bertindak kejam seperti membunuh dan merompak semasa berada dibawah pengaruh dadah tersebut. Ini mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Situasi seperti ini seharusnya dielakkan kerana mereka hanya akan memberi risiko yang berbahaya kepada masyarakat disekeliling mereka.
Masyarakat seharusya sedar akan masalah penyalahgunaan dadah ini. Perkara ini sudah lama wujud dalam masyarakat namun ianya sudah sebati dalam masayarakat sekarang. Perkara ini harus dibendung kerana lama-kelamaan ianya bakal memusnahkan individu, masyarakat dan sekaligus negara itu sendiri. Oleh sebab itulah, masyarakat seharusnya sedar dan mengambil sikap bertanggungjawab dan bersama-sama bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini untuk membentuk masyarakat dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:
Post a Comment