Hari ini merupakan hari jadi ibuku yang ke 55.... bagi aku dia merupakan seorang ibu yang kental... boleh membesarkan kami adik beradik sehinggalah semuanya berjaya dalam hidup masing-masing. Segala pengorbanan ibu, kami sangat menghargainya. Tanpa beliau, aku dengan adik beradik yang lain memang tiada apa-apa. Bak orang kata kasih ibu membawa ke syurga.
Namun, kadang kala aku pelik dengan sikap sesetengah orang yang sanggup membelakangkan keluarga mereka sendiri demi orang lain??.... tidak ingatkah mereka pada jasa-jasa ibu dan bapa mereka sewaktu mereka kecil dahulu? yang memelihara mereka seperti menatang minyak yang penuh??.... tapi setelah mereka besar, ibu dan ayah dicampak sebegitu sahaja.
Mana hilangnya sifat kasih dan sayang mereka pada keluarga mereka. kalau dahulu ibu dan bapalah yang menjaga dan melayan karenah anak-anak, sekarang ini ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup menghantar anak mereka di bawah jagaan orang lain. Hanya dengan alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ini membuatkan aku berfikir sejenak?... adakah ini "trend" zaman sekarang... menghantar mereka ke rumah orang-orang tua??.... Bagi aku, ini merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak patut dilakukan.
Bila kita mendapat kesusahan, pada keluargalah tempat kita mengadu. Jadi, kita seharusnya belajar untuk menghargai apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap kita. kita harus ingat segala pengorbanan yang telah diakukan oleh mereka dan segala pahit getir yang telah ditempuhi oleh mereka sepanjang perjalanan untuk membesarkan kita sebagai anak-anak mereka supaya menjadi anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
p/s: Selamat hari jadi untuk ibuku... moga ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu... sangat menyanyagi ibuku... :)
ha betolbetolbetol
ReplyDeleteslmt hari jadi mak dah